Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik


PENDAFTARAN PENGELUAR (OEM)

Selamat datang ke Sistem Permohonan Pendaftaran bagi Skim Galakan Motosikal Elektrik (MARiiCas). Sekiranya Syarikat Pengeluar berminat untuk menyertai Skim MARiiCas ini, syarikat anda perlulah mendaftar terlebih dahulu dengan pihak MARii secara dalam talian.

Langkah pendaftaran :

1. Syarikat Pengeluar perlu memohon melalui pautan "Pendaftaran Baru Syarikat Pengeluar" di platform permohonan Skim MARiiCas dengan memasukkan maklumat syarikat dengan lengkap.

2. Pihak Syarikat perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan dengan lengkap dan perlu memastikan dokumen yang dimuat naik adalah jelas. Segala maklumat yang dimuat naik akan diperiksa oleh pihak MARii.

3. Sekiranya pendaftaran anda telah disemak dan diluluskan oleh Pihak MARii, anda akan menerima emel pengesahan untuk mengakses sistem log masuk.

4. Syarikat Pengedar hendaklah klik pautan yang telah diberikan melalui emel bagi mengakses platform Skim MARiiCas ini.

5. Syarikat Pengedar harus mengemas kini maklumat model motosikal elektrik yang ingin dipromosikan. Setelah lengkap, maklumat motosikal akan diperiksa oleh pihak MARii. Setelah segala maklumat diperiksa, pihak syarikat akan menerima notifikasi bahawa “pendaftaran telah berjaya”.

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila emel kepada insentif@marii.my

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan MARii, anda boleh melayari laman sesawang MARii menerusi pautan https://marii.my.

MAKLUMAT PENGELUAR
Satu nama sahaja
Surat kelulusan model yang dikeluarkan oleh MITI
Surat kelulusan CKD Accepted File: pdf. Max file size 10MB
KAKITANGAN UNTUK DIHUBUNGI
ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN
   Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang telah disediakan adalah tepat, lengkap, dan tidak mengandungi sebarang maklumat palsu. Saya juga setuju untuk memberikan kemaskini atau maklumat tambahan jika diperlukan.