img

KenapaMotosikal Elektrik?

Menjamin Kelestarian Alam:

Menggalakkan dan mengekalkan keseimbangan ekosistem dan sumber daya alam untuk jangka masa panjang. Ini melibatkan tindakan untuk melindungi kepelbagaian biologi, menjaga kualiti air dan udara, serta memastikan kestabilan iklim. Dapat mengurangkan pencemaran, pemuliharaan hutan dan ekosistem, pengurusan sumber daya air, dan peningkatan teknologi hijau.

Kos Penyelenggaraan yang Rendah:

Motosikal elektrik biasanya memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih rendah kerana ia mempunyai kurang bahagian bergerak dan kurang sukar untuk dijaga berbanding dengan motosikal konvensional dengan enjin pembakaran (internal combustion engine) yang kompleks.

Sifar Pelepasan Gas:

Motosikal elektrik tidak menghasilkan atau melepaskan gas yang beracun atau karbon dioksida, membantu memelihara kualiti udara dan mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar berbanding motosikal yang menggunakan enjin konvensional.

Pengurangan Kos
Penggunaan Bahan Api:

Pemilik motosikal elektrik menikmati pengurangan kos penggunaan bahan api, kerana pengecasan bateri elektrik biasanya lebih murah berbanding pembelian bahan api untuk motosikal konvensional.

Tidak Bergantung pada
Bahan Api Fosil:

Motosikal elektrik tidak bergantung pada bahan api fosil, membantu mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga yang terhad dan merosakkan alam sekitar.