img


Soalan Lazim


MARiiCas adalah satu skim rebat sebanyak RM2,400 bagi tujuan pembelian atau langganan motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia bertujuan bagi menggalakkan rakyat untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

1. Individu yang berpendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah.

2. Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas.

3. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2).

Permohonan MARiiCas boleh dibuat secara dalam talian mulai 8 Disember 2023.

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Langkah 1: Lawati laman sesawang https://insentif.marii.my untuk pendaftaran ID Pengguna.

Langkah 2: Klik tekan butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.

Langkah 3: Pengguna akan menerima emel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab emel spam sekiranya emel verifikasi tidak dihantar ke tab utama emel.

Langkah 4: Setelah selesai pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan MARiiCas.

Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 6: Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.

**Bayaran tidak akan dikembalikan. Nama pemohon hendaklah sama dengan pemilik bank akaun pembayaran.

Langkah 7: Pengguna akan menerima email pengesahan permohonan.

Langkah 8: Pengguna boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

  1. Salinan kad pengenalan;
  2. Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan:

    a) Bagi yang bekerja

    i. Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

    b) Bagi yang bekerja sendiri

    i. Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

    c) Bagi pesara

    i. Pesara kerajaan - slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

    ii. Pesara swasta - borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

    d) Bagi pelajar

    i. Kad Pelajar; dan

    ii. Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

  3. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2)

Ya, anda layak untuk memohon sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan berumur 18 tahun dan ke atas.

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

  • Kad Pelajar; dan
  • Surat pengesahan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang boleh dimuat turun semasa permohonan atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ya, anda layak untuk memohon sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah surat pengesahan pendapatan yang boleh dimuat turun semasa permohonan

Bagi bekas penjawat awam boleh memuat naik

a. Pesara kerajaan - slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

b. Pesara swasta - borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Permohonan dihadkan 1 permohonan kepada 1 individu SAHAJA.

  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU
  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.

  • Pembelian - Pembelian secara tunai atau pinjaman adalah berdasarkan harga motosikal yang TELAH ditolak rebat sebanyak RM2400.
  • Langganan - Langganan adalah penggunaan motosikal elektrik secara sewaan dengan Syarikat Pengeluar sehingga tempoh sewaan tamat.

Rebat dikenakan terhadap harga asas motosikal elektrik sebelum cukai jualan dan insurans.

Contoh 1

Ahmad Jais ingin membeli motosikal elektik, jenama ABC yang berharga RM6,000 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Selepas menerima kod QR, rebat akan diberikan sebanyak RM2,400, maka Ahmad Jais hanya perlu membayar RM3,600. Harga jualan tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Contoh 2

Muthu telah memilih untuk pakej langganan motosikal elektrik XYZ. Pakej yang ditawarkan dengan harga RM500 sebulan. Jumlah yang harus dibayar oleh Muthu selama 12 bulan adalah sebanyak RM300.
Setelah mendapat kod QR, rebat akan diberikan sebanyak RM200 bagi setiap bulan, maka jumlah akhir yang harus dibayar Muthu adalah RM300.

Pemohon perlu membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dikemukakan.

Langkah 1: Pemohon perlu memuat turun kod QR melalui pautan permohonan.

Langkah 2: Sekiranya lulus, paparan cetakkan kod QR akan terpapar dan boleh disimpan dalam bentuk PDF.

Langkah 3: Pemohon perlu menebus insentif MARiiCas dalam masa 30 hari (sila rujuk soalan 16).

Penebusan skim ini adalah melalui pembelian/langganan motosikal elektrik di mana-mana pengeluar motosikal elektrik yang telah BERDAFTAR di bawah MARiiCas.

Senarai pengeluar motosikal elektrik yang sah boleh didapati di laman sesawang https://insentif.marii.my.

Langkah 1: Pemohon boleh melayari sesawang https://insentif.marii.my untuk membuat tinjauan harga selepas insentif bagi motosikal yang ditawarkan.

Langkah 2: Pemohon yang berjaya boleh melakukan pembelian/langganan motosikal dengan membawa bersama kod QR kepada pengeluar atau pengedar.

Pihak pemohon hendaklah membawa bersama kod QR (secara fizikal atau digital) semasa pembelian/langganan motosikal elektrik.

Kod QR adalah sah untuk tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan. Pemohon hendaklah membuat tempahan motosikal dalam tempoh tersebut. Sekiranya tamat tempoh kelulusan, pemohon hendaklah memohon semula sebagai permohonan baru di dalam sistem.
Permohonan akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan yang dibuat dalam jangka masa 30 hari tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan dari tarikh tamat tempoh kod QR.

Tempoh permohonan MARiiCas adalah sah sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus.

Permohonan tidak berjaya sekiranya

i) Anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

ii) Dokumen tidak lengkap.

iii) Nama pemohon dan pemilik bank akaun pembayaran adalah berbeza (bagi tujuan pembayaran yuran pendaftaran RM10).

Keselamatan maklumat pengguna yang didaftarkan di portal https://insentif.marii.my adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri.
Sekiranya berlaku pendaftaran tanpa pengetahuan, disarankan pengguna tersebut membuat laporan polis dan menghantar bukti salinan kepada pihak kami melalui email untuk tindakan selanjutnya.

Pemohon boleh emel ke insentif@marii.my untuk membatalkan tempahan tersebut atau melanjutkan kelulusan untuk 30 hari.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut:

1. Emel di insentif@marii.my

2. Layari laman sesawang MARii, www.marii.my

3. Ikuti media sosial MARii (Facebook, LinkedIn, YouTube & Instagram), @MARiiMalaysia